Thursday, February 21, 2008

Sila Tempah Segera
Stok Buku Makin Berkurangan

Stok ketiga-tiga buku yang diiklankan dalam blog ini makin berkurangan. Anda yang belum membelinya sila buat tempahan dengan segera menerusi kaedah yang dipaparkan dalam blog ini.

Salam takzim dari kami. – Ruhanie Ahmad

Monday, February 18, 2008

Kaedah Pembelian Dan Pembayaran Tempahan Buku

Langkah Pertama:

Sila pilih jodol yang anda kehendaki, kirimkan nama, alamat penuh dan nombor telefon bimbit anda ke warongbuku@gmail.com.

Langkah Kedua:

Sila bank-in jumlah bayarannya, termasuk bayaran pos, ke akaun Maybank no: 5-14262-51178-8.

Langkah Ketiga:

Sesudah itu, harap kirimkan bank-in slip bayaran tersebut ke faks 03-21648888 atau scanned slip berkenaan dan emailkan kepada warongbuku@gmail.com .

Pengiriman:

Setelah menerima pembayaran, kami akan kirimkan buku-buku tempahan anda dengan seberapa segera.

Langkah Pilihan:

Anda yang di sekitar Lembah Kelang, Putrajaya, Serdang, Cheras, Bangi dan Kajang tidak perlu bank-in harga pembayaran buku. Sebaliknya, anda akan dihubungi untuk urusan penghantaran. Bayaran anda termasuklah kos penghantaran sebanyak RM2.00 bagi setiap jodol. Buku akan diserahkan kepada anda secara cash-on-delivery.

Terima kasih kerana berursan dengan kami. Salam takzim. – Ruhanie Ahmad

Sunday, February 17, 2008

TAWARAN ISTIMEWA
KEPADA PELANGGAN

KAMI MENAWARKAN TIGA JODOL BUKU YANG DIIKLAN DALAM BLOG INI DENGAN KADAR BERIKUT:

PELANGGAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA, BANGI DAN KAJANG: RM 50.00 TIGA JODOL DAN DIKECUALIKAN BAYARAN POS.

PELANGGAN DI LUAR KAWASAN DI ATAS, TETAPI DI MALAYSIA SEMENANJUNG: RM 55.00 UNTUK TIGA JODOL, TERMASUK BAYARAN POS.

PELANGGAN DI SABAH DAN SARAWAK: RM 60.00 SAHAJA UNTUK TIGA JODOL, TERMASUK BAYARAN POS.

SEGERALAH BERLANGGAN DENGAN KAMI MENERUSI E-MAIL: warongbuku@gmail.com SEBELUM KEHABISAN STOK.

SALAM TAKZIM DARI KAMI.

Saturday, February 16, 2008


TAWARAN ISTIMEWA
KEPADA PELANGGAN

Anda yang tersenarai nama-namanya di bawah ini telah membuat tempahan buku tulisan saya menerusi e-mail puteramaya@gmail.com dan/atau warongbuku@gmail.com.

AHMAD KAMAL BIN ALANG HASSAN
AHMAD RIDZALMAN JAMAL
AJ WAHID
AZIM SHAH
AZLINA JAMIL FOO PHUI JIN
AZMAN SAPIAN
AZEEZAN HUSIN
AZIZUL HAKIM MOHD YUSOFF
DEWI SUAIDI
FAUZANA AHMAD DZAINUDDIN
HAIRUL FAUZI MOHD SUAIB
KAMARUDDIN TAHIR
MAZWANDI MUSTAFFA
MESERAN MASHAR
MOHD ZUBIR HJ ABD RAZAK
NORIZAN MOHD
JASNY MOHAMAD
JOHARI SUHAIMIN
JOGULU KANNIAH
JULINAH AMIT
KU HASNAN BIN KU HALIM
M.ROSLI
MAT KAMIL AWANG
MOHAMAD HAFIZ ZAKARIA
MOHD NASIR MAHMUD
MOHD WAFI MOHAMAD
NAZARUDDIN ADNAN
NORAIHAN SELAMAT
NORDIN JAINON
NORHATIZA BINTI TALIB
ROSSMAN NGARIMAN
SARAH
SCHAM DEAN
SHAHRUL NIZAM HJ BOHARI
SHOOT
SIM MENG
SUHAIRI AHMAD
SYED OSMAN MANSOR
ZAINAL ABIDIN MD SOM
ZAINOL ABIDIN AHMAD
WAN MOHD FADHLI WAN KAMARUDDIN

Sebilangan besar anda telah dapat dihubungi oleh pembantu saya untuk memberikan nama dan alamat penuh, numbor telefon dan jodol buku yang ditempah.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan anda yang tidak dapat dihubungi langsung menerusi e-mail.

Anda yang sudah pun mengirimkan alamat penuh, ada pula yang tidak menyatakan buku mana yang anda kehendaki.

Oleh kerana kami sedang dalam proses menghantarkan tempahan anda, kami harap anda kirimkan kepada e-mail warong-buku@gmail.com butir-butir berikut:

Nama penuh
Alamat
Nombor telefon
Jodol buku

Kami akan menggunakan seluruh butir-butir di atas hanya untuk transaksi penjualan buku sahaja. Oleh itu, kami bertanggungjawab menjaga kerahsian butir-butir berkernaan.

DAN, OLEH KERANA KAMI MENAWARKAN TIGA JODOL BUKU SEPERTI YANG DIIKLANKAN DALAM BLOG INI, KAMI BERIKAN SATU TAWARAN ISTIMEWA SEKIRANYA ANDA BERCADANG MEMBELI SELURUH JODOL TERSEBUT SEPERTI BERIKUT:

PELANGGAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA, BANGI DAN KAJANG: RM 50.00 UNTUK KETIGA-TIGA JODOL DAN DIKECUALIKAN BAYARAN POS.

PELANGGAN DI LUAR KAWASAN DI ATAS, TETAPI DI MALAYSIA SEMENANJUNG: RM 55.00 UNTUK KETIGA-TIGA JODOL, TERMASUK BAYARAN POS.

PELANGGAN DI SABAH DAN SARAWAK: RM 60.00 SAHAJA UNTUK KETIGA-TIGA JODOL, TERMASUK BAYARAN POS.

SALAM TAKZIM DARI KAMI.

Friday, February 15, 2008

TAWARAN KEPADA PENGEDAR BUKU

Anda akan menerima 30 peratus diskaun jika membeli buku-buku terbaru saya melebihi 100 copies secara tunai. Untuk urusan seterusnya sila kirimkan alamat penuh dan nombor telefon anda kepada e-mail yang tercactit dalam blog ini.

Jangan lepaskan peluang ini. Stok kami terhad. Salam takzim – Ruhanie Ahmad
MAKLUMAN

ISNIN depan pembantu saya akan menghubungi anda yang sudah membuat tempahan menerusi warongbuku@gmail.com dan puteramaya@gmail.co untuk membeli buku-buku terbaru saya seperti dipaparkan dalam blog ini.

Anda yang di sekitar KL, Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya akan menerima buku tempahan anda menerusi khidmat penghantaran dengan bayaran tambahan RM1.00 setiap buku.

Anda yang di luar kawasan berkenaan akan menerimanya menerusi pos mengikut kadar pos yang ditetapkan.

Terima kasih atas sokongan anda. Salam takzim – Ruhanie Ahmad

Wednesday, February 13, 2008

Hindraf
Satu Konspirasi?

ISBN No: 978-983-43835-1-0.
RM18.00 (Semenanjung)
RM20.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Kandungan

Mantera Sang Nila Utama
Buat Tok Paduka Perdana

Siapakah Hindraf
Berlagak Biadab?

Personaliti Hindraf
Dan Keikhlasannya

Hindraf NGO Agama
Atau Kuda Politik?

Apakah Kaitan Hindraf
Dan Gelombang Kuning?

Betulkah Hindraf
Babit Konspirasi?

Demonstrasi Hindraf
Dari Persepsi Rakyat

UMNO Tidak Terlibat
Dalam Demo Hindraf

Isu Hindraf-Khairy
Matlamat Dan Cara

Hakim Negara Tukar Bicara
Matlamat Halalkan Cara?
Sinopsis
Buku ini menyorot pelbagai soalan. Antaranya adalah: Siapa Hindraf? Adakah Hindraf pertubuhan haram? Benarkah Hindraf jadi sekutu sebuah pertubuhan teroris Tamil antarabangsa? Mengapakah demonstrasi Hindraf dilakukan hanya dua minggu selepas peristiwa gelombang kuning pada 10 November 2007? Apakah motif tersirat demonstrasi Hindraf? Mungkinkah ada dalang di sebalik demonstrasi Hindraf? Mungkinkah wujud pihak ketiga, khususnya elemen-elemen asing, di sebalik Hindraf? Siapakah pihak ketiga ini? Dan, apakah kesudahannya kepada perjuangan Hindraf yang penuh kontroversi?

Matlamat buku ini adalah supaya rakyat jelata Malaysia yang sedang dilaga-lagakan oleh sesetengah pihak tertentu, kembali tenang dan rasional. Dengan cara ini, dapatlah orang Melayu, masyarakat India, umat Islam dan penganut Hindu memfokus kepada satu perjuangan bersama ke arah membongkar, membendung dan meggagalkan apa juga kemungkinan yang boleh menyebabkan perbalahan kaum, persengketaan agama dan pertumpahan darah, akibat provokasi Hindraf yang nampaknya seolah-olah didalangi oleh sesetengah pihak yang sedang menangguk di air keruh di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam buku ini saya banyak mengemukakan soalan untuk membuka minda pembaca. Saya gunakan pendekatan ini bagi mengelakkan sebarang kerumitan undang-undang. Ini kerana para pemimpin Hindraf kini lebih banyak menggunakan pendekatan undang-undang, sama ada untuk menafikan sesuatu tuduhan, atau mungkin untuk menutup polemik umum terhadap sesuatu kebenaran yang cuba disembunyikan.

Bacalah mesej-mesej tersirat di sebalik soalan-soalan berkenaan dengan teliti. Mesej-mesej itu akan membantu semua pihak memfokus serta mengartikulasikan isu yang dibincangkan dalam bab-bab tertentu. Mesej-mesej berkenaan juga akan membantu semua pihak menjuruskan tumpuan kepada kemungkinan wujudnya konspirasi di peringkat tertinggi yang diselindungkan di sebalik Hindraf.

Mudah-mudahan buku ini menyedarkan umat Melayu, masyarakat India, penganut Islam dan penganut Hindu, bahawa apa juga perbalahan, persengketaan dan pertumpahan darah yang mungkin berlaku antara mereka hanya akan menguntungkan pihak ketiga. Siapakah pihak ketiga ini? Fikir-fikirkanlah sendiri secara bijaksana untuk mendapatkan kepastiannya.

Setelah itu, fikirkanlah juga, wajarkah semua pihak yang sedang dijangkiti sindrom Hindraf terus bertarung dan bertelagah, jika yang menang daripada pertarungan itu bukannya orang Melayu, keturunan India, umat Islam atau penganut Hindu? Lantas, mestikah orang Melayu-Islam dan keturunan India-Hindu terus emosional jika ini hanya membawa faedah kepada pihak lain yang mungkin sedang melaksanakan agenda besar untuk menguasai Malaysia di abad ke-21?

TEMPAHLAH SEGERA DENGAN MENGIRIMKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH SERTA NOMBOR TELEFON ANDA MENERUSI E-MAILS:

warongbuku@gmail.com
puteramaya@gmail.com


PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MENGENAI KAEDAH PEMBAYARANNYA.

MEREKA YANG SUDAH MEMBUAT EMPAHAN SEBELUM INI AKAN KAMI HUBUNGI DALAM TEMPOH SEHARI DUA LAGI.
Gelombang Kuning
Gelombang Rakyat

ISBN No: 978-983-43835-2-7
RM17.00 (Semenanjung)
RM19.00 (Sabah & Sarawak).
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Kandungan

Gelombang Kuning
Di Senja Nan Hening

Mesej Ancaman Maut
Dan Puisi Damai Abadi

Mentakrif Maksud
Gelombang Kuning

Merungkai Maksud
Gelombang Rakyat

Siapakah Yang Cetuskan
Idea Gelombang Kuning?

Gelombang Kuning
Dan Demokrasi Maya

Gelombang Kuning
Dan Kuasa Abdullah

Gelombang Kuning
Dan Rukunegara

Gelombang Kuning
Mengancam Abdullah

Gelombang Kuning
Gelombang Rakyat

Apakah Kaitan Hindraf
Dan Gelombang Kuning?

Abdullah Undurlah
Secara Bermaruah

Sinopsis

Perarakan gelombang kuning pada 10 November 2007, disifatkan sebagai satu perarakan yang hanya disertai oleh ahli-ahli parti pembangkang dan NGO dalam gabungan berkenaan.

Pernahkah pentadbiran Abdullah terlintas untuk mengetahui sama ada keseluruhan peserta gelombang kuning hanya ahli-ahli parti pembangkang dan NGO gabungan Bersih? Pernahkah pentadbiran Abdullah menyelidik profil para peserta gelombang kuning, walau pun dengan cara yang paling rambang?

Sedarkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah beribu-ribu pegawai tentera, pegawai polis, pegawai kastam dan pegawai imigresen yang sudah bersara? Tahukah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning dikatakan terdapat beribu-ribu kakitangan awam yang masih dalam perkhidmatan? Sedarkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah beribu-ribu kakitangan swasta, termasuk mereka yang berada di peringkat eksekutif? Tahukahkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah golongan profesional pelbagai bidang?

Adakah pentadbiran Abdullah sedar bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah para graduan yang kini menganggur? Insafkah pentadbiran Abdullah bahawa majoriti perserta dalam kategori ini bukannya ahli parti-parti pembangkang atau simpatisan kepada NGO terbabit? Sedarkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning ada juga ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk ahli-ahli UMNO, sama ada dari peringkat bahagian atau peringkat akar umbi?

Perserta dari pelbagai kumpulan minat ini menggunakan gelombang kuning sebagai simbol solidariti rakyat jelata untuk menentang pentadbiran Abdullah. Mereka sekadar menjadikan gelombang kuning sebagai alasan untuk berarak kerana mereka mahu pentadbiran Abdullah insaf bahawa keresahan, kemarahan dan kecewaan rakyat jelata terhadap pemerintah mutakir ini adalah real dan sedang membuak-buak situasinya.

Kelompok peserta gelombang kuning seperti di atas datang dengan masalah perut dan masa depan masing-masing. Mereka datang kerana himpitan hidup akibat harga barang-barang keperluan dan minyak yang kian naik melambung-lambung. Mereka sertai gelombang kuning dengan kekecewaan terhadap pentadbiran Abdullah dalam menangani peristiwa Batu Buruk dan Paya Mengkuang.

Ribuan peserta anak-anak Johor pula majoritinya menyertai gelombang kuning kerana kecewa dengan kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan soal kedaulatan negara yang seolah-olah tergadai di bumi Johor. Lain-lainnya, ada yang datang kerana berhadapan dengan kesukaran mencari pekerjaan dan lemas dengan kehadiran berjuta-juta buruh asing ketika ini. Ada juga yang datang kerana kecewa dengan kesemberonoan menantu Abdullah kebelakangan ini. Pendek kata, mereka datang atas motivasi sosio-politik dan ekonomi yang berbagai-bagai dan berbeza-beza keutamaannya.

Maka, soal pokoknya di sini ialah: adakah kelompok peserta gelombang kuning yang bukan ahli parti pembangkang dan NGO, menyertai gelombang kuning atas dorongan agenda peribadi? Mungkinkah mereka menghadirkan diri atas suatu perancangan yang rapi oleh sesuatu organisasi tertentu? Tidak mungkinkah mereka menyertai gelombang kuning untuk mentransformasikan gelombang itu menjadi gelombang rakyat yang mempunyai agenda dan matlamat yang lebih besar, menyeluruh dan total?

TEMPAHLAH SEGERA DENGAN MENGIRIMKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH SERTA NOMBOR TELEFON ANDA MENERUSI E-MAILS:

warongbuku@gmail.com
puteramaya@gmail.com


PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MENGENAI KAEDAH PEMBAYARANNYA.

MEREKA YANG SUDAH MEMBUAT EMPAHAN SEBELUM INI AKAN KAMI HUBUNGI DALAM TEMPOH SEHARI DUA LAGI.

The Toyol Code

ISBN No: 978-983-43835-0-3
RM16.00 (Semenanjung)
RM18.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos


Kandungan

Buku The Toyol Code
Dan The Da Vinci Code

Mercu Tanda Perjuangan
Perdana Menteri Malaysia

Info The Toyol Code
Maklumat Berwibawa

Memecah Semua Kod
Dalam Mesej Si Toyol

Mesej Rahsia Membuktikan
Wujudnya Konspirasi Asing

Benarkah Abdullah
Restui Konspirasi?

Anwar Ibrahim Diheret
Ke kancah Konspirasi?

Puaka Buana Kerusi TPM
Usaha Singkirkan Najib?

Benarkah Kuasa Asing
Mendominasi Malaysia?

Warkah Derhaka Untuk Abdullah
Dari Anak Buah Panglima Salleh

Nota Akhir
Abdullah Dijangka Lantik
TPM Kedua Bukan Melayu?

Sinopsis

The Toyol Code adalah hakikat dan realiti. Buku ini ditulis bukan berasaskan ilusi, fantasi, propaganda ataupun fitnah. Ia dikarang berdasarkan maklumat-maklumat eksklusif yang dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang sejak Oktober 2006 hinggalah Oktober 2007. Seluruh maklumat tersebut telah dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat atau compact disc (cd) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar menerusi pemilihan serta penyenaraian calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam PRU12. Konspirasi yang sama akan diakhiri dengan pemilihan anggota jemaah menteri (kabinet) kerajaan pusat serta menteri besar, ketua menteri dan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas PRU12.

Dari analisa berasaskan maklumat-maklumat toyol terbabit, konspirasi berkenaan dijangka dilaksanakan menerusi tiga strategi utama seperti berikut:

Pertama: Mengenalpasti, memilih dan menentukan barisan calon-calon BN untuk kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12.

Kedua: Memanipulasikan perjalanan PRU12 untuk mempastikan tidak ada bantahan atau bangkangan terhadap apa jua kepincangan yang mungkin berlaku dalam tempoh berkempen ataupun sewaktu proses pembuangan dan pengiraan undi.

Ketiga: Menentu dan memperakukan barisan anggota kabinet kerajaan Malaysia dan menentu serta memperakukan nama-nama Menteri Besar atau Ketua Menteri dan barisan exco negeri yang akan dilantik sesudah PRU12.

Objektif utama konspirasi di atas dipercayai berpaksikan kepada enam matlamat berikut:

Pertama: Memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12.

Kedua: Memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12.

Ketiga: Memastikan seluruh barisan kabinet Malaysia dan ketua kepimpinan peringkat DUN adalah kelompok individu yang sedia mendukung serta menjayakan agenda asing di Malaysia.

Keempat: Memastikan seluruh anggota DUN dan Parlimen BN yang memenangi PRU12 adalah golongan yang simpati dengan agenda asing di Malaysia.

Kelima: Memastikan peluang-peluang perniagaan besar yang kini dibolot oleh seorang usahawan tertentu yang menganggotai konspirasi di atas tidak akan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Keenam: Merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi di atas mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.

Sebab itulah blog kudakepang dalam lapan siri The Toyol Code sepanjang Oktober 2006 menegaskan bahawa konspirasi berkenaan diramalkan boleh mengancam kedaulatan dan kemerdekaan tanahair. Konspirasi ini berpotensi menggugat keselamatan dan keamanan negara dan mungkin serantau. Konspirasi ini juga mampu menjejaskan kesejahteraan rakyat jelata Malaysia, destininya dan masa depannya.


TEMPAHLAH SEGERA DENGAN MENGIRIMKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH SERTA NOMBOR TELEFON ANDA MENERUSI E-MAILS:

warongbuku@gmail.com
puteramaya@gmail.com


PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MENGENAI KAEDAH PEMBAYARANNYA.

MEREKA YANG SUDAH MEMBUAT EMPAHAN SEBELUM INI AKAN KAMI HUBUNGI DALAM TEMPOH SEHARI DUA LAGI.

Tuesday, February 12, 2008

Selamat Datang Ke Warung Buku

Blog ini adalah kedai buku anda. Kesudian anda mengunjunginya amat saya alu-alukan dan sanjung tinggi.

Sebagai langkah permulaan, saya paparkan di sini tiga buah buku terbaru saya mengenai politik tanah air berjodol The Toyol Code, Gelombang Kuning Gelombang Rakyat, Hindraf: Satu Konspirasi?

Perincian buku-buku ini akan saya paparkan dalam posting selanjutnya selepas ini.

Salam takzim daripada Ruhanie Ahmad.