Ramalan Siri Dan Buku The Toyol Code Terbukti Benar
Pendedahan Siri Toyol Code ternyata benar. Kesilapan menantu Abdullah (mengketengahkan segolongan calon pilihannya menyebabkan BN kalah teruk).
Hasil penyelidikan (penulis) berdasarkan kandungan The Toyol Code, membuktikan calon muda pilihan menantu Abdullah telah tewas.
Terima kasih kepada penulis The Toyol Code (yang membuat pendedahan awal) demi kedaulatan negara. – Pemerhati, 10 Mac 2008, 4:49 AM.
Komen: Saya menulis tujuh siri The Toyol Code dalam blog kuda-kepang pada akhir 2006. Buku The Toyol Code pula saya tulis berasaskan siri tersebut.
The Toyol Code adalah hakikat dan realiti. Buku ini saya tulis berasaskan maklumat-maklumat eksklusif yang dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang sejak Oktober 2006 hinggalah Oktober 2007.
Seluruh maklumat tersebut telah dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat atau compact disc (CD) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar menerusi pemilihan serta penyenaraian calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam PRU12.
Dari analisa berasaskan maklumat-maklumat toyol terbabit, antara konspirasi utama yang dijangka dilaksanakan adalah seperti berikut:
Mengenalpasti, memilih dan menentukan barisan calon-calon BN untuk kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12.
Menentu dan memperakukan barisan anggota kabinet kerajaan Malaysia dan menentu serta memperakukan nama-nama Menteri Besar atau Ketua Menteri dan barisan exco negeri yang akan dilantik sesudah PRU12.
Antara objektif utama konspirasi di atas dipercayai berpaksikan kepada beberapa matlamat berikut:
Memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12.
Memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12.
Memastikan seluruh barisan kabinet Malaysia dan ketua kepimpinan peringkat DUN adalah kelompok individu yang sedia mendukung serta menjayakan agenda asing di Malaysia.
Memastikan seluruh anggota DUN dan Parlimen BN yang memenangi PRU12 adalah golongan yang simpati dengan agenda asing di Malaysia.
Merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi di atas mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.
Kini konspirasi itu menyebabkan BN tunggang-langgang. Bacalah buku ini yang kini berada dalam pasaran. Sila kunjungi http://warung-buku.blogspot.com untuk membuat tempahan segera. – Ruhanie Ahmad