Wednesday, February 13, 2008

Gelombang Kuning
Gelombang Rakyat

ISBN No: 978-983-43835-2-7
RM17.00 (Semenanjung)
RM19.00 (Sabah & Sarawak).
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Kandungan

Gelombang Kuning
Di Senja Nan Hening

Mesej Ancaman Maut
Dan Puisi Damai Abadi

Mentakrif Maksud
Gelombang Kuning

Merungkai Maksud
Gelombang Rakyat

Siapakah Yang Cetuskan
Idea Gelombang Kuning?

Gelombang Kuning
Dan Demokrasi Maya

Gelombang Kuning
Dan Kuasa Abdullah

Gelombang Kuning
Dan Rukunegara

Gelombang Kuning
Mengancam Abdullah

Gelombang Kuning
Gelombang Rakyat

Apakah Kaitan Hindraf
Dan Gelombang Kuning?

Abdullah Undurlah
Secara Bermaruah

Sinopsis

Perarakan gelombang kuning pada 10 November 2007, disifatkan sebagai satu perarakan yang hanya disertai oleh ahli-ahli parti pembangkang dan NGO dalam gabungan berkenaan.

Pernahkah pentadbiran Abdullah terlintas untuk mengetahui sama ada keseluruhan peserta gelombang kuning hanya ahli-ahli parti pembangkang dan NGO gabungan Bersih? Pernahkah pentadbiran Abdullah menyelidik profil para peserta gelombang kuning, walau pun dengan cara yang paling rambang?

Sedarkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah beribu-ribu pegawai tentera, pegawai polis, pegawai kastam dan pegawai imigresen yang sudah bersara? Tahukah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning dikatakan terdapat beribu-ribu kakitangan awam yang masih dalam perkhidmatan? Sedarkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah beribu-ribu kakitangan swasta, termasuk mereka yang berada di peringkat eksekutif? Tahukahkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah golongan profesional pelbagai bidang?

Adakah pentadbiran Abdullah sedar bahawa di kalangan peserta gelombang kuning adalah para graduan yang kini menganggur? Insafkah pentadbiran Abdullah bahawa majoriti perserta dalam kategori ini bukannya ahli parti-parti pembangkang atau simpatisan kepada NGO terbabit? Sedarkah pentadbiran Abdullah bahawa di kalangan peserta gelombang kuning ada juga ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk ahli-ahli UMNO, sama ada dari peringkat bahagian atau peringkat akar umbi?

Perserta dari pelbagai kumpulan minat ini menggunakan gelombang kuning sebagai simbol solidariti rakyat jelata untuk menentang pentadbiran Abdullah. Mereka sekadar menjadikan gelombang kuning sebagai alasan untuk berarak kerana mereka mahu pentadbiran Abdullah insaf bahawa keresahan, kemarahan dan kecewaan rakyat jelata terhadap pemerintah mutakir ini adalah real dan sedang membuak-buak situasinya.

Kelompok peserta gelombang kuning seperti di atas datang dengan masalah perut dan masa depan masing-masing. Mereka datang kerana himpitan hidup akibat harga barang-barang keperluan dan minyak yang kian naik melambung-lambung. Mereka sertai gelombang kuning dengan kekecewaan terhadap pentadbiran Abdullah dalam menangani peristiwa Batu Buruk dan Paya Mengkuang.

Ribuan peserta anak-anak Johor pula majoritinya menyertai gelombang kuning kerana kecewa dengan kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan soal kedaulatan negara yang seolah-olah tergadai di bumi Johor. Lain-lainnya, ada yang datang kerana berhadapan dengan kesukaran mencari pekerjaan dan lemas dengan kehadiran berjuta-juta buruh asing ketika ini. Ada juga yang datang kerana kecewa dengan kesemberonoan menantu Abdullah kebelakangan ini. Pendek kata, mereka datang atas motivasi sosio-politik dan ekonomi yang berbagai-bagai dan berbeza-beza keutamaannya.

Maka, soal pokoknya di sini ialah: adakah kelompok peserta gelombang kuning yang bukan ahli parti pembangkang dan NGO, menyertai gelombang kuning atas dorongan agenda peribadi? Mungkinkah mereka menghadirkan diri atas suatu perancangan yang rapi oleh sesuatu organisasi tertentu? Tidak mungkinkah mereka menyertai gelombang kuning untuk mentransformasikan gelombang itu menjadi gelombang rakyat yang mempunyai agenda dan matlamat yang lebih besar, menyeluruh dan total?

TEMPAHLAH SEGERA DENGAN MENGIRIMKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH SERTA NOMBOR TELEFON ANDA MENERUSI E-MAILS:

warongbuku@gmail.com
puteramaya@gmail.com


PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MENGENAI KAEDAH PEMBAYARANNYA.

MEREKA YANG SUDAH MEMBUAT EMPAHAN SEBELUM INI AKAN KAMI HUBUNGI DALAM TEMPOH SEHARI DUA LAGI.

No comments: