Wednesday, February 13, 2008


The Toyol Code

ISBN No: 978-983-43835-0-3
RM16.00 (Semenanjung)
RM18.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos


Kandungan

Buku The Toyol Code
Dan The Da Vinci Code

Mercu Tanda Perjuangan
Perdana Menteri Malaysia

Info The Toyol Code
Maklumat Berwibawa

Memecah Semua Kod
Dalam Mesej Si Toyol

Mesej Rahsia Membuktikan
Wujudnya Konspirasi Asing

Benarkah Abdullah
Restui Konspirasi?

Anwar Ibrahim Diheret
Ke kancah Konspirasi?

Puaka Buana Kerusi TPM
Usaha Singkirkan Najib?

Benarkah Kuasa Asing
Mendominasi Malaysia?

Warkah Derhaka Untuk Abdullah
Dari Anak Buah Panglima Salleh

Nota Akhir
Abdullah Dijangka Lantik
TPM Kedua Bukan Melayu?

Sinopsis

The Toyol Code adalah hakikat dan realiti. Buku ini ditulis bukan berasaskan ilusi, fantasi, propaganda ataupun fitnah. Ia dikarang berdasarkan maklumat-maklumat eksklusif yang dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang sejak Oktober 2006 hinggalah Oktober 2007. Seluruh maklumat tersebut telah dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat atau compact disc (cd) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar menerusi pemilihan serta penyenaraian calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam PRU12. Konspirasi yang sama akan diakhiri dengan pemilihan anggota jemaah menteri (kabinet) kerajaan pusat serta menteri besar, ketua menteri dan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas PRU12.

Dari analisa berasaskan maklumat-maklumat toyol terbabit, konspirasi berkenaan dijangka dilaksanakan menerusi tiga strategi utama seperti berikut:

Pertama: Mengenalpasti, memilih dan menentukan barisan calon-calon BN untuk kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12.

Kedua: Memanipulasikan perjalanan PRU12 untuk mempastikan tidak ada bantahan atau bangkangan terhadap apa jua kepincangan yang mungkin berlaku dalam tempoh berkempen ataupun sewaktu proses pembuangan dan pengiraan undi.

Ketiga: Menentu dan memperakukan barisan anggota kabinet kerajaan Malaysia dan menentu serta memperakukan nama-nama Menteri Besar atau Ketua Menteri dan barisan exco negeri yang akan dilantik sesudah PRU12.

Objektif utama konspirasi di atas dipercayai berpaksikan kepada enam matlamat berikut:

Pertama: Memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12.

Kedua: Memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12.

Ketiga: Memastikan seluruh barisan kabinet Malaysia dan ketua kepimpinan peringkat DUN adalah kelompok individu yang sedia mendukung serta menjayakan agenda asing di Malaysia.

Keempat: Memastikan seluruh anggota DUN dan Parlimen BN yang memenangi PRU12 adalah golongan yang simpati dengan agenda asing di Malaysia.

Kelima: Memastikan peluang-peluang perniagaan besar yang kini dibolot oleh seorang usahawan tertentu yang menganggotai konspirasi di atas tidak akan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Keenam: Merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi di atas mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.

Sebab itulah blog kudakepang dalam lapan siri The Toyol Code sepanjang Oktober 2006 menegaskan bahawa konspirasi berkenaan diramalkan boleh mengancam kedaulatan dan kemerdekaan tanahair. Konspirasi ini berpotensi menggugat keselamatan dan keamanan negara dan mungkin serantau. Konspirasi ini juga mampu menjejaskan kesejahteraan rakyat jelata Malaysia, destininya dan masa depannya.


TEMPAHLAH SEGERA DENGAN MENGIRIMKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH SERTA NOMBOR TELEFON ANDA MENERUSI E-MAILS:

warongbuku@gmail.com
puteramaya@gmail.com


PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MENGENAI KAEDAH PEMBAYARANNYA.

MEREKA YANG SUDAH MEMBUAT EMPAHAN SEBELUM INI AKAN KAMI HUBUNGI DALAM TEMPOH SEHARI DUA LAGI.

No comments: