Wednesday, February 13, 2008

Hindraf
Satu Konspirasi?

ISBN No: 978-983-43835-1-0.
RM18.00 (Semenanjung)
RM20.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Kandungan

Mantera Sang Nila Utama
Buat Tok Paduka Perdana

Siapakah Hindraf
Berlagak Biadab?

Personaliti Hindraf
Dan Keikhlasannya

Hindraf NGO Agama
Atau Kuda Politik?

Apakah Kaitan Hindraf
Dan Gelombang Kuning?

Betulkah Hindraf
Babit Konspirasi?

Demonstrasi Hindraf
Dari Persepsi Rakyat

UMNO Tidak Terlibat
Dalam Demo Hindraf

Isu Hindraf-Khairy
Matlamat Dan Cara

Hakim Negara Tukar Bicara
Matlamat Halalkan Cara?
Sinopsis
Buku ini menyorot pelbagai soalan. Antaranya adalah: Siapa Hindraf? Adakah Hindraf pertubuhan haram? Benarkah Hindraf jadi sekutu sebuah pertubuhan teroris Tamil antarabangsa? Mengapakah demonstrasi Hindraf dilakukan hanya dua minggu selepas peristiwa gelombang kuning pada 10 November 2007? Apakah motif tersirat demonstrasi Hindraf? Mungkinkah ada dalang di sebalik demonstrasi Hindraf? Mungkinkah wujud pihak ketiga, khususnya elemen-elemen asing, di sebalik Hindraf? Siapakah pihak ketiga ini? Dan, apakah kesudahannya kepada perjuangan Hindraf yang penuh kontroversi?

Matlamat buku ini adalah supaya rakyat jelata Malaysia yang sedang dilaga-lagakan oleh sesetengah pihak tertentu, kembali tenang dan rasional. Dengan cara ini, dapatlah orang Melayu, masyarakat India, umat Islam dan penganut Hindu memfokus kepada satu perjuangan bersama ke arah membongkar, membendung dan meggagalkan apa juga kemungkinan yang boleh menyebabkan perbalahan kaum, persengketaan agama dan pertumpahan darah, akibat provokasi Hindraf yang nampaknya seolah-olah didalangi oleh sesetengah pihak yang sedang menangguk di air keruh di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam buku ini saya banyak mengemukakan soalan untuk membuka minda pembaca. Saya gunakan pendekatan ini bagi mengelakkan sebarang kerumitan undang-undang. Ini kerana para pemimpin Hindraf kini lebih banyak menggunakan pendekatan undang-undang, sama ada untuk menafikan sesuatu tuduhan, atau mungkin untuk menutup polemik umum terhadap sesuatu kebenaran yang cuba disembunyikan.

Bacalah mesej-mesej tersirat di sebalik soalan-soalan berkenaan dengan teliti. Mesej-mesej itu akan membantu semua pihak memfokus serta mengartikulasikan isu yang dibincangkan dalam bab-bab tertentu. Mesej-mesej berkenaan juga akan membantu semua pihak menjuruskan tumpuan kepada kemungkinan wujudnya konspirasi di peringkat tertinggi yang diselindungkan di sebalik Hindraf.

Mudah-mudahan buku ini menyedarkan umat Melayu, masyarakat India, penganut Islam dan penganut Hindu, bahawa apa juga perbalahan, persengketaan dan pertumpahan darah yang mungkin berlaku antara mereka hanya akan menguntungkan pihak ketiga. Siapakah pihak ketiga ini? Fikir-fikirkanlah sendiri secara bijaksana untuk mendapatkan kepastiannya.

Setelah itu, fikirkanlah juga, wajarkah semua pihak yang sedang dijangkiti sindrom Hindraf terus bertarung dan bertelagah, jika yang menang daripada pertarungan itu bukannya orang Melayu, keturunan India, umat Islam atau penganut Hindu? Lantas, mestikah orang Melayu-Islam dan keturunan India-Hindu terus emosional jika ini hanya membawa faedah kepada pihak lain yang mungkin sedang melaksanakan agenda besar untuk menguasai Malaysia di abad ke-21?

TEMPAHLAH SEGERA DENGAN MENGIRIMKAN NAMA DAN ALAMAT PENUH SERTA NOMBOR TELEFON ANDA MENERUSI E-MAILS:

warongbuku@gmail.com
puteramaya@gmail.com


PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MENGENAI KAEDAH PEMBAYARANNYA.

MEREKA YANG SUDAH MEMBUAT EMPAHAN SEBELUM INI AKAN KAMI HUBUNGI DALAM TEMPOH SEHARI DUA LAGI.

No comments: